Friday, 3 April 2009

Jambatan Gantung Kg. Suang Kepoh, kota marudu

di area Tandek, Kota Marudu..
Sudah ada kes kejatuhan di kawasan seperti dalam gambar di atas. Nasib baik tidak mati.)








(Cuba lihat gambar di atas. Jambatan senget ketepi, agak-agak kamurang berani lalu ka? Jambatan ini merupakan laluan harian penduduk kampung terutama murid-murid sekolah)
Masuk entry kali ini sudah kedua kali saya postkan mengenai keaiban Jambatan Gantung Kg. Suang Kepoh. Sepertinya tidak ada pihak yang ingin mengambil tahu tentang permasalahan yang dihadapi khususnya penduduk di kampung ini. Semakin hari jambatan ini semakin tenat. Pihak berkenaan sila perhatikan gambar yang dipostkan ini. Samada wajar atau tidak wajar diberikan bantuan? Atau masih boleh dipakai atau biarkan saja begitu!!!Walaupun saya bukan penduduk asal Kampung Suang Kepoh namun kekurangan yang dihadapi jiran sudah menjadi kewajipan bagi saya sebagai jiran untuk membantu. Penduduk kampung sudah membuat aduan kepada pelbagai pihak berkaitan tetapi seperti tiada maklum balas. Adakah penduduk kampung Suang Kepoh gelojoh meminta bantuan Jambatan baru??? Kalau betul gelojoh kemana lagi penduduk mengadu nasib untuk meminta bantuan. Penduduk buat tabung sendiri??? Majoriti penduduk ini adalah bekerja sebagai petani dan nelayan. Pendapatan boleh dikatakan seperti kais pagi makan pagi saja. Siapa yang bertanggungjawab??? Itu terserah kepada mana-mana pihak yang berkewajipan yang terbaca entry kali ini. Yang pasti 100% pengundi dari kampung ini mengundi Barisan Nasional@Kerajaan...Kelihatan penduduk kampung melalui jambatan ini. Perlu sentiasa berwaspada!!! Kayu-kayu pada jambatan ini semakin hari semakin reput.