Thursday, 15 April 2010

ADUAN PIHAK PENGANGKUTAN DAN AGEN KAPAL

Di sini, saya ingin menyatakan beberapa aduan dari pihak pengangkutan dan agensi perkapalan berkenaan perkhidmatan di pelabuhan Tawau.
2.         Saya difahamkan bahawa kapal-kapal besar seperti kapal kepunyaan Teck Guan dan kapal pengangkut baja tidak dapat berlabuh di pelabuhan Tawau kerana pelabuhan tidak cukup dalam. Kedalaman pelabuhan sekarang ialah 5-7 meter. Sepatutnya kedalaman yang sesuai ialah antara 9-10 meter. Ini menyebabkan kapal-kapal besar ini berlabuh samada di Pelabuhan Kota Kinabalu atau Pelabuhan Lahad Datu. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kos pengangkutan yang tinggi dan juga kenaikan harga sesetengah barang. Kerja-kerja mengorek dan mendalamkan kawasan pelabuhan atau “dredging” juga tidak dilakukan mengikut jadual iaitu 2 tahun sekali. Saya harap pihak tuan dapat menyegerakan kerja mengorek (dredging) supaya kapal-kapal besar boleh berlabuh di pelabuhan Tawau.



Ruj. Kami ADUN N.57 –SP-AP10 (12)

12 Apr 2010


Pengurus Pelabuhan
Sabah Port Sdn Bhd
Jalan Dunlop
Tawau

Tuan,

ADUAN PIHAK PENGANGKUTAN DAN AGEN KAPAL

Di sini, saya ingin menyatakan beberapa aduan dari pihak pengangkutan dan agensi perkapalan berkenaan perkhidmatan di pelabuhan Tawau.


2.         Saya difahamkan bahawa kapal-kapal besar seperti kapal kepunyaan Teck Guan dan kapal pengangkut baja tidak dapat berlabuh di pelabuhan Tawau kerana pelabuhan tidak cukup dalam. Kedalaman pelabuhan sekarang ialah 5-7 meter. Sepatutnya kedalaman yang sesuai ialah antara 9-10 meter. Ini menyebabkan kapal-kapal besar ini berlabuh samada di Pelabuhan Kota Kinabalu atau Pelabuhan Lahad Datu. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kos pengangkutan yang tinggi dan juga kenaikan harga sesetengah barang. Kerja-kerja mengorek dan mendalamkan kawasan pelabuhan atau “dredging” juga tidak dilakukan mengikut jadual iaitu 2 tahun sekali. Saya harap pihak tuan dapat menyegerakan kerja mengorek (dredging) supaya kapal-kapal besar boleh berlabuh di pelabuhan Tawau.


3.         Menurut syarikat pengangkutan dan agen kapal, hanya kren bergerak kepunyaan pelabuahan sahaja boleh digunakan. Penggunaan kren atas kapal dilarang sama sekali.  Mengikut penjelasan daripada tuan, kren kapal boleh digunakan jika terdapat kerosakan pada kren bergerak milik Sabah Port. Pihak tuan patut menyediakan sebuah lagi kren bergerak untuk mempercepatkan kerja pemunggahan dan juga sebagai sebagai sistem sokongan.


4.         Menurut syarikat pengangkutan, cuma hanya sebuah sahaja “reach stacker” (jentera pengangkut atau penyusun kontena) sahaja digunakan di pelabuhan walaupun terdapat 4 buah “reach stacker”. Ini melambatkan proses pemunggahan kontena ke lori. Sepatutnya semua “reach stacker” digunakan untuk mempercepatkan kerja pemunggahan kontena ke atas lori.







5.         Pihak pengangkutan dikatakan selalu mengalami masalah ketiadaan lori atau pekerja. Pihak pelabuhan pula mencaj masa operasi walaupun pada hari Ahad atau cuti am. Pekerja gudang dan pihak pengangkutan tidak bekerja pada hari Ahad atau cuti am. Pihak pelabuhan dan pihak pengangkutan patut mengadakan mesyuarat secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah-masalah ini kerana ini menyebabkan kos yang tinggi kepada rakyat.


6.         Pihak pelabuhan juga ada menyatakan bahawa Surcaj Malaysia Ship Owner Association (MASA) kepada Sabah Port Tawau adalah tidak adil memandangkan masa pemunggahan kontena di pelabuhan tawau ialah pada kadar 13 kontena sejam. Saya harap MASA akan mengkaji semula surcaj yang dikenakan pada pelabuhan Tawau.

7.         Saya harap pihak pelabuhan Tawau, syarikat pengangkutan, agen perkapalan dan MASA boleh bekerjasama dan melakukan yang terbaik demi kepentingan dan kesenangan rakyat.

Sekian, terima kasih


Sekian, terima kasih.

Yang Berkhidmat





Y.B. Wong Sze Phin @ Jimmy
ADUN N.57 Sri Tanjung


Sk.       Chief Operating Officer
Sabah Port S/B,
Pos Mini Indah Permai,
P.O.Box 203,
88450 Kota Kinabalu.


Malaysia Ship Owner Association
17th Floor, menara Daya Bumi,
Jalan Sultan Hishammuddin,
P.O.Box 10371,
50712 Kuala Lumpur