Thursday, 15 April 2010

MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA UNTUK MENGKAJI SAMADA IMPIAN DAN ASPIRASI RAKYAT SABAH TELAH DITUNAIKAN

Ini adalah untuk memberi notis di bawah Peraturan Tetap 23.(1) untuk usul bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menyeru Kerajaan Persekutuan supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI- Royal Commission of Inquiry) untuk mengkaji samada impian dan aspirasi rakyat Sabah semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963 telah ditunaikan ataupun dikhianati dalam tempoh lima dekad ini.
2.         Perkara ini penting di bincang dan di kaji untuk kepentingan rakyat Sabah kerana ramai rakyat terutamanya Bumiputra yang berasa hak-hak mereka telah diabaikan seperti  yang di janjikan dalam 20 Perkara (20 points) yang boleh dikatakan masih ‘relevant’.
 


7 April 2010

Y.B.  Speaker
Dewan Undangan Negeri Sabah
Peti Surat 11247,
88813 Kota Kinabalu                                                                                     

Y.B. Speaker,
MENUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA UNTUK MENGKAJI SAMADA IMPIAN DAN ASPIRASI RAKYAT SABAH TELAH DITUNAIKAN

Ini adalah untuk memberi notis di bawah Peraturan Tetap 23.(1) untuk usul bahawa Dewan ini mengambil ketetapan untuk menyeru Kerajaan Persekutuan supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI- Royal Commission of Inquiry) untuk mengkaji samada impian dan aspirasi rakyat Sabah semasa penubuhan Malaysia pada tahun 1963 telah ditunaikan ataupun dikhianati dalam tempoh lima dekad ini.

2.         Perkara ini penting di bincang dan di kaji untuk kepentingan rakyat Sabah kerana ramai rakyat terutamanya Bumiputra yang berasa hak-hak mereka telah diabaikan seperti  yang di janjikan dalam 20 Perkara (20 points) yang boleh dikatakan masih ‘relevant’.

3.         Mengikut syarat dalam “Borneonization”, rakyat Sabah diutamakan dalam perkhidmatan awam Sabah mahupun agensi-agensi kerajaan Sabah. Tetapi sehingga kini, ia masih belum diambil alih sepenuhnya oleh rakyat Sabah. Kepentingan rakyat Sabah dalam memegang pucuk pimpinan di negeri sendiri tidak dipedulikan. Malahan, rakyat Sabah sendiri terpaksa mencari makan di luar negeri atau luar negara.





4.         Ratusan ribu warga asing yang memiliki kad pengenalan asli secara haram mengugat ketenteraman negara dan hak asasi warganegara terutamanya bumiputra.

5.         Syarikat-syarikat besar dari Semenanjung mengambilalih tanah di Sabah sebaliknya rakyat Sabah sendiri tidak mempunyai tanah malah ada yang dihalau dari tanah yang telah diusahakan sekian lama.

6.         Sabah sepatutnya menjadi sebuah negeri autonomi. Sabah mengeluarkan 73,000 tong minyak mentah sehari tetapi hanya dapat 5% dari pendapatan minyak mentahnya. Soal royalty juga perlu dikaji semula supaya Sabah dapat hasil yang setimpal. Pendapatan per capita di Sabah ialah sebanyak RM9,536.00 dan ini berada di bawah standard nasional. Dulu, Sabah merupakan negeri terkaya. Kini, Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia.

7.         Penerangan di atas jelas menunjukkan bahawa hak asasi rakyat Sabah telah dicabul dan seterusnya tidak lagi menjamin masa depan yang cerah. Oleh itu, saya berharap perkara ini akan diluluskan dan dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang ketiga belas ini.

Sekian dan terima kasih.

Yang Benar


Y.B. Wong Sze Phin @ Jimmy  
ADUN N.57  Sri Tanjung