Thursday, 5 April 2012

Polisi Kabotaj




Polisi Kabotaj menekankan bahawa hanya kapal-kapal yang didaftarkan di Malaysia dibenarkan memuat dan menurun barangan di pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Idea di sebalik rasional ini adalah supaya Pelabuhan Klang boleh dijadikan sebagai hab kontener di Malaysia yang boleh digelar Pusat Pemuatan. Dalam kata lain, ia bermaksud sebarang kontener daripada pelabuhan antarabangsa mesti melepasi Pusat Pemuatan ini sebelum meneruskan perjalanan mereka. Setiap kontener harus dibawa mengynakan kapal-kapal yang didaftarkan di Malaysia. Dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, hanya Sabah dan Sarawak memerlukan perkhidmatan kapal-kapal feeder. Negeri-negeri lain di Malaya hanya memerlukan trak kontener ataupun perkhidmatan keretapi untuk memunggah kargo mereka.


Dalam masa yang sama, yuran penghantaran yang dikenakan pemilik-pemilik kapal-kapal ini tidak dikawal pihak kerajaan. Mereka dibenarkan membuat keputusan sesuka hati. Justeru, ia tidak luar biasa melihat yuran penghantaran sebuah kontena 20kaki dari Pelabuhan Klang ke Kota Kinabalu mencecah RM2,436.00, Sandakan (RM3,236.00), Tawau (RM3,336.00), Lahad Datu melepasi Sandakan (RM4,168.00), Lahad Datu melepasi Tawau (RM4,386.00). Diskaun berjumlah kira-kira RM200 kadang-kadang diberi berdasarkan "kesetiaan pelanggan". Alasan di sebalik harga yang tidak tinggi ini adalah sebab kontener-kontener yang dihantar ke Sabah akan dikembalikan kosong. Justeru, pemilik-pemilik kapal ini akan mengalami kerugian. Ketara sekali, ini hanya alasan yang tidak munasabah yang telah digunakan tauke-tauke kapal ini. Malah, tuntutan mereka juga disokong dan dilaungkan kerajaan pusat. Implikasi yang boleh membuat adalah kerajaan pusat menyokong tuntutan tauke-tauke ini dan mengabaikan hak-hak penduduk Sabah.

Pelabuhan Klang disituasikan lebih daripada 1500km dari Kota Kinabalu. Jadi, atas undang-undang, rakyat Sabah dipaksa menggunakan kapal-kapal feeder berlesen yang didaftar di Malaysia untuk menghantar kargo dari Pelabuhan Klang ke Kora Kinabalu. Kapal-kapal asing dari Vietnam ataupun Hong Kong tidak dibenarkan memuat dan menurun kargo di Kota Kinabalu walaupun kedudukan geografi Vietnam Dan Hong Kong lebih berdekatan dengan Pelabuhan-pelabuhan Sabah . Ini adalah inti Polisi Kabotaj di Malaysia - sebuah alat diskriminasi kepada semua Rakyat Malaysia di Sabah.

Di Sabah, polisi ini adalah punca utama perbezaan harga barangan dengan Malaya dan pada masa yang sama, ia memperlahankan dan menyekatkan pertumbuhan economi Sabah. Ini bermaksud, setiap ringgit di Malaya boleh memberi barangan yang bernilai seringgit, tetapi dalam masa yang sama, seringgit di Sabah memberi barangan yang bernilai 70sen sahaja. Harga barangan di Sabah dan Malaya berbeza antara 20 hingga 30 peratus- contoh yang palingenesis ketara, harga surat khabar New Strait Times, Berita Harian dan the Star. Lokasi Sabah dan Malaya adalah kurang daripada satu zon masa, tetapi perbezaan harga antara barangan adalah amat ketara sekali. Kesimpulannya, kerajaan tidak serious dalam mengintegrasikan corak economi antara Sabah Dan Malaya, biarpun telah merdeka selama 48 tahun. 

Harga sebuah kontener ke Hong Kong hanya USD240 bukan suatu rahsia, murah dari yuran penghantaran dari Hong Kong ke Pelabuhan Klang. Kerajaan pusat hanya perlu mengizinkan kapal-kapal menurunkan kargo di pelabuhan-pelabuhan Sabah sebelum berangkat ke Pelabuhan Klang. Dengan itu, yuran perkapalan boleh diturunkan dari RM2,436.00 kepada kurang daripada USD200.00. Dalam kata lain, harga barangan di Sabah boleh diturunkan. Justeru, polisi kabotaj ini telah memperlekehkan dan membantutkan proses pengindustrian di Sabah. Tidak hairan, pelabur asing tidak berminat datang ke Sabah untuk membuka kilang dan sebagainya kerana kos pembuatan di Sabah, boleh empat kali lebih mahal berbanding produk yang sama dihasilkan di Malaya. Ini tidak berkaitan dengan harga tanah yang melambung tinggi ataupun kos tenaga pekerja yang lebih tinggi, malah juga tidak kena-mengena dengan kadar yang dicaj syarikat-syarikat utiliti. Punca utama kos sara hidup yang tinggi di Sabah adalah harga barangan konsumer yang tinggi. Harga barangan mahal di Sabah kerana kos penghantaran barangan terlalu tinggi.

Contohnya, walaupun banyak usaha dibuat bagi membangunkan industri hiliran bagi menambah nilai kayu balak, ia tetap gagal, biarpun kebanyakan kayu balak dalam pasaran dunia sekarang, berasal dari Sabah. Industri perabot di Sabah, masih tidak boleh bersaing dengan industri perabot di Vietnam, justeru, Amerika Syarikat dan Eropah lebih cenderung membeli daripada Vietnam, walaupun kayu balak di Vietnam berasal dari Sabah. Ia lebih murah mengeksport kayu balak berbanding menambah nilainya menerusi aliran hiliran dengan menjadikannya perabot sebelum menjualnya. Ini disebabkan kos penghantaran yang sangat tinggi. Pada 13Mei 2010, Berita Harian telah sekali lagi menyeru agar kerajaan membuat sesuatu mengenai yuran penghantaran ini.

Selepas lebih daripada 28 tahun menunggu, jawapan masih sama - kerajaan tidak mengkaji isu ini. Kesusahan Persatuan Perabot Sabah juga mencerminkan kesusahan penduduk Sabah. 

"...penghantaran sebuah kontener 40 kaki dari Sabah ke Eropah mengambil kira-kira USD700 dan ini lebih mahal berbanding menghantar dari Pelabuhan Klang atau Pelabuhan-pelabuhan di China atau Vietnam ke Eropah. Kos menghantar sebuah kontena ke Pelabuhan Klang adalah kira-kira RM1000 ataupun USD300. Ini adalah punca pelabur asing menolak produk yang dibuat di Sabah, kerana ia amat mahal..."! Kilang-kilang pemasangan tidak akan membuka kilang di Sabah kerana ia akan merugikan mereka.

Selain gangguan bekalan ekektrik yang bertubi-tubi di Sabah, polisi kabotaj ini mengakibatkan tiada kilang mampu membuat keuntungan. Ini kerana kilang pemasangan perlu mengimport komponen-komponen tertentu dan barangan akhir perlu dieksport. Semua ini memerlukan perkhidmatan penghantaran. Produk sama yang diusahakan di Lembah Klang boleh empat kali lebih murah. Ini juga mengakibatkan industri Sabah tidak mampu bersaing dengan Melaka ataupun Negeri Sembilan, biarpun mereka tidak mempunyai sumber semula jadI. Justeru, sego sehingga kini, masih tidak wikis industry sebegitu di Malaysia. Sama dengan industri hiliran yang dilancarkan untuk Kluster Buah Kelapa Sawit(POIC) di Sandakan dan Lahad Datu. Mereka akan mengakui nasib yang sama dengan industri kayu balak di Sabah- disebabkan Polisi Kabotaj yang sama.

Selama 28 tahun, kerajaan pusat telah berkali-kali menyeru penduduk Sabah supaya bersabar. Mereka meyakinkan pihak yang merungut bahawa kajian untuk mengatasi masalah perbezaan harga antara Malaya, Sabah dan Sarawak sedang dibuat. Malang sekali, sehingga hari ini, jalan penyelesaian masih belum ditemui. Mungkin ini adalah apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri bahawa Sabah masih merupakan deposit tetap. 

Sebenarnya, jalan penyelesaian ini sangat mudah. Kerajaan hanya perlu mengizinkan kapal asing memuat dan menurunkan kargo di Sabah sebelum bertolak ke destinasi seterusnya. Lokasi seterusnya bolehnya Singapura, ataupun Pelabuhan Klang.

Amat jelas, pihak yang mendapat kepentingan bukan warga Sabah. Kita adalah mangsa kepada polisi yang berat sebelah ini. Harga barangan di Sabah mahal bukan kerana peniaga membuat keuntungan yang berlipat ganda tetapi kerana kos penghantaran sangat tinggi! Kadar pembangunan di Sabah diperlahankan kerana kos pembangunan sangat tinggi. Bahan-bahan seperti simen, besi, loji dan peralatan perlu diimport dan kos penghantaran terlalu tinggi. .

Polisi Kabotaj ini adalah mengenai penggunaan undang-undang menerusi Menteri Pengangkutan untuk memberi kelebihan kepada beberapa pengusaha kapal. Kerajaan pusat perlulah tahu bahawa polisi kabotaj ini adalah disengajakan untuk kroni mereka dan ini mendiskriminasikan warga Sabah. Bukan sahaja hidup disusahkan, malah juga menafikan hak-hak orang Sabah menikmati pembangunan ekonomi.

KK MP HIEW KING CHEU