Thursday, 13 September 2012

Kerakusan UMNO-BN: Rakyat Sabah sudah celik politik



DONGGONGAN, 12 SEPTEMBER: Biarpun ada kajian menunjukan bahawa pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mendapat kerakyatan kini mencecah 50 peratus dari populasi penduduk negeri Sabah, Pakatan Rakyat masih mampu mencipta sejarah baru sekiranya semua suku kaum negeri ini bersatu.

Demikian antara inti ucapan Dr. Edwin Bosi, Setiausaha DAP negeri Sabah dalam sesi pendengaran umum DAP baru-baru ini di Wawasan Commercial Centre.

“Berkenaan masalah PATI yang mendapat kerakyatan, kita boleh atasi mereka dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kita bersatu.”

Dr. Bosi turut mengimbas kembali impian bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad yang pernah menyatakan hasratnya untuk melihat Malaysia mempunyai populasi penduduk seramai 70 juta orang.

“Setiap seorang dari kita kata beliau perlu memunyai lima orang anak. Bukan semua pun mampu. Apakah untuk mencapai hasrat itu beliau melancarkan ‘projek IC Sabah’ suatu ketika dulu demi memberi kemenangan kepada BN?” soalnya.

“UMNO rampas hak dan pecah belahkan masyarakat kami”

Disamping itu jelas beliau, kedatangan UMNO juga telah menyebabkan banyak masalah lain dan perpecahan berlaku terutamanya dikalangan pelbagai suku kaum negeri tersebut dengan memainkan sentimen bangsa dan agama.

“DAP telah dikatakan sebagai parti Cina sedangkan ramai dikalangan kita disini menyertai DAP merupakan suku kaum bumiputera. Malah Pengerusi Kebangsaan DAP sendiri bukanlah seorang Cina.” ujar beliau.

Disebalik pelbagai kemelut,masalah dan penindasan yang dilakukan kerajaan UMNO-BN di Sabah, Dr Bosi berkata Pakatan Rakyat di Sabah telah memainkan peranan terpenting menyatupadukan penduduk dan memberi maklumat sebenar.

“Sentimen kaum dan agama yang dimainkan UMNO ini amat bahaya untuk Sabah terutamanya kerana sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang masalah seperti itu.

Dalam masa yang sama, Dr. Bosi yang juga pakar dalam bidang vertirinar berkata, kesedaran dikalangan rakyat Sabah dan kawasan pedalaman juga semakin menunjukkan kesan yang positif.

“Ramai kalangan bumiputera dan orang asal di pedalaman mula bersuara dan berani memprotes berikutan tanah mereka dirampas tanpa sebarang pampasan dan tindakan wajar kerajaan UMNO-BN Sabah.

Tambah beliau, kemarahan rakyat makin ketara apabila wujud kes dimana bantuan kebajikan yang sepatutnya diagihkan untuk penduduk yang layak ditarik balik berikutan mereka menyokong pembangkang.-roketkini.com