Monday, 4 March 2013

Pengorbanan mereka perlu disanjungi oleh seluruh rakyat Malaysia kerana mereka mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara kita




DAP mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando, dan juga 5 lagi ahli Polis yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah semalam dan hari ini.

Pengorbanan mereka perlu disanjungi oleh seluruh rakyat Malaysia kerana mereka mengorbankan nyawa mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara kita.

Perdana Menteri selaku Pengerusi Majlis Keselamatan negara perlu segera mengambil tindakan ketenteraan secara tegas dan yang sepatutnya untuk menamatkan persengketaan ini tanpa meletakkan anggota-anggota keselamatan kita dalam keadaan yang berisiko tinggi.